LEPAK JAP AND TENANGKAN MINDA

Tuesday, June 23, 2009

KELEBIHAN AMALAN BULAN REJAB

PUASA SUNAT REJAB DAN FADHILATNYA
Amal ibadat sunat yang paling utama dan amat besar ganjaran pahalanya ialah berpuasa sunat - paling baik jika dapat dikerjakan 30 hari iaitu sepanjang bulan Rejab, sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.
Menurut maksud sebuah hadis Rasulullah SAW, sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Rejab, maka Allah SWT menyeru kepadanya
'Telah wajib hakmu atas-Ku, mintalah olehmu kepada-Ku. Demi ketinggian dan kebesaran-Ku, tidak akan Aku tolak hajatmu. engkau adalah jiran-Ku di bawah 'Arasy-Ku. Engkau kekasih-Ku daripada semua makhluk-Ku. Engkau mulia disisi-Ku. Berbahagialah kamu, tiada hijab diantara Aku dan engkau."

Fadhilat selanjutnya (menurut beberapa Hadis Rasulullah SAW) adalah berikut:
Berpuasa sunat Rejab 20 hari, diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
Berpuasa sunat Rejab 19 hari, dibinakan sebuah mahligai di syurga.
Berpuasa sunat Rejab 16 hari, akan dapat melihat Allah di dalam syurga.
Berpuasa sunat Rejab 15 hari, diberi pahala seperti berpuasa seratus ribu tahun (menurut Sayidina Ali).
Berpuasa sunat Rejab 14 hari, diberi pahala seperti berpuasa sepuluh ribu tahun (menurut Sayidina Ali).
Berpuasa sunat Rejab 13 hari, diberi pahala seperti berpuasa tiga ribu tahun (menurut Sayidina Ali).
Berpuasa sunat Rejab 10 hari, akan diberi dua sayap (kepak) untuk terbang seperti kilat di atas titian Siratal-Mustaqim pada Hari Kiamat.
Berpuasa sunat Rejab 9 hari, akan dapat mengucap ketika keluar dari kubur dan tidak ditolak masuk ke syurga.
Berpuasa sunat Rejab 8 hari, akan dibukakan lapan pintu syurga pada Hari Kiamat.
Bepuasa sunat Rejab 7 hari, akan ditutupkan tujuh pintu neraka pada Hari Kiamat.
Berpuasa sunat Rejab 6 hari, akan dikeluarkan dari kubur pada Hari Kiamat dengan muka yang bercahaya.
Berpuasa sunat Rejab 5 hari, akan diamankan daripada azab kubur.
Berpuasa sunat Rejab 4 hari, akan menjauhi bala bencana dan penyakit yang berat serta fitnah dajjal pada Hari Kiamat.
Berpuasa sunat Rejab 3 hari. akan dibinakan benteng yang menghalang ke neraka pada Hari Kiamat.
Berpuasa sunat Rejab 2 hari, akan dipergandakan pahala ibadatnya.
Berpuasa sunat Rejab sehari, diberi pahala seperti berpuasa 40 tahun dan diberi minum air syurga dan diberi pahala seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya.Jika puasa sehari itu ditambah dengan ibadat bersedekah maka pahalanya akan ditambah seperti seribu kali ibadat Haji dan Umrah.

Berpuasa sunat Rejab sehari pada 27 Rejab (hari Israk dan Mi'raj) diberi pahala seperti puasa enam puluh bulan. Jika disertai dengan ibadat bersedekah, diberi pahala seperti berpuasa seribu tahun.Pada keseluruhannya, mereka yang berpuasa pada bulan Rejab, akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah imannya bagi baki usianya dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat.

SOLAT-SOLAT SUNAT BULAN REJAB DAN FADHILATNYA
Ibadat puasa sunat pada bulan Rejab yang tersebut di atas akan bertambah lipat-ganda ganjaran pahalanya jika dikerjakan pula solat-solat sunat pada malam dan siangnya. Solat-solat sunat ini termasuklah solat sunat bulan Rejab dan solat-solat sunat lain seperti Tahajjud, Tasbih, Hajat, Isyraq, Dhuha, Taubat dan lain-lain.

Solat Sunat Rejab
Lakukan pada malam hari diikuti ibadat puasa hari esoknya seberapa banyak yang mampu (lakukan tiap-tiap dua rakaat satu salam) dan lafaz niatnya:


Menurut sebuah Hadis Rasulullah SAW daripada Salman r.a., mereka yang mendirikan solat sunat Rejab 30 rakaat dalam bulan Rejab, insya Allah akan dihapuskan dosa-dosanya yang lalu dan diberi ganjaran pahala seperti berpuasa sepanjang tahun.
Kaiflat Mengerjakan Solat Sunat Rejab:

1. Malam Awal Rejab

Dirikan solat sunat Rejab itu 10 rakaat (5 salarn). Selepas Fatihah rakaat pertama baca Surah Al-Kafiruun 3 kali diikuti selepas Fatihah rakaat yang kedua surah Al-Ikhlas 3 kali.


2. Malam 15 (Pertengahan) Rejab
Dirikan solat sunat Rejab itu 10 rakaat lagi (seperti Awal Rejab).

3. Malam 30 (Akhir) Rejab
Dirikan solat sunat Rejab itu 10 rakaat lagi (seperti malam pertama dan malam pertengahan Rejab).
Doa Selepas Salam Solat Sunat Awal Rejab

Tiada Tuhan melainkan Allah, yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, kepunyaan-Nyalah segala kerajaan dan pujian. Engkau yang menghidupkan dan Engkau yang mematikan dan Dia hidup tidak mati, di tangan-Nyalah segala kebaikan dan Dia berkuasa atas segala-galanya. Ya Allah, tiada yang dapat menahan bagi apajua yang telah Engkau kurniakan dan tiada seorang pun pemberi kurnia bagi apa jua yang Engkau tahan dari mengurniakan, tidak memberi manfaat kegigihan orang yang berusaha.



Doa Selepas Salam Solat Sunat 15 Rejab

Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu untuk-Nya, milik-Nyalah segala kerajaan dan pujian, Dia yang menghidupkan dan Dia yang mematikan dan Dia Maha Hidup tidak mati, di tangan-Nyalah segala kebaikan dan Dia Maha Berkuasa atas segala-galanya. Dia, Tuhan yang satu, esa dan tempat bergantung segala-galanya, tunggal, tidak ia mengambil apa-apapun sebagai sahabat, ia tidak mempunyai anak.

Doa Selepas Salam Solat Sunat Akhir Rejab

Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nyalah segala kerajaan dan pujian, Dia yang menghidupkan dan Dia yang mematikan dan Dia Maha hidup tidak mati, ditangan-Nyalah kebaikan dan Dia Maha Berkuasa atas segalanya. Dan rahmatilah ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas ahli keluarganya yang suci. Tiada daya upaya dan tiada kekuatan melainkan dengan keizinan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

4. Solat Sunat Rejab Malam Juma'at
Mereka yang mengerjakan ibadat Puasa sunat Rejab pada hari Khamis pertama bulan Rejab, diikuti mengerjakan solat sunat Rejab 12 rakaat pada malamnya (malam Jumaat) selepas solat fardhu Maghrib, maka akan diampunkan dosa-dosanya dan dilipatgandakan ganjaran pahalanya. Kaedahnya adalah berikut:
• Selepas Fatihah rakaat pertama baca Surah Al-Qadr


• Selepas Fatihah rakaat kedua baca Surah Al-Ikhlas

• Selepas memberi salam, bersalawatlah ke atas Nabi Muhammad SAW 70 kali.

(Ya Allah! Cucurilah rahmat dan kesejahteraan ke atas Muhammad, Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga baginda sekalian).



Diikuti sujud pertama dengan berdoa:
70 kali
(Tuhanku ampunilah aku dan rahmatilah aku, dan hindarilah dari apajua keburukan yang engkau ketahui)

Bangun dari sujud dan ikuti sujud kedua dengan berdoa mengikut hajat yang baik masing-masing (Insya Allah akan dimakbulkan)

SOLAT-SOLAT SUNAT LAIN
Bagi menambah ganjaran pahala yang besar bulan Rejab ini, maka eloklah dikerjakan solat-solat sunat yang biasa di kerjakan seperti itu:

Solat-solat sunat Nawafil atau solat-solat sunat mengiringi solat fardhu (qabliyah dan ba'diyah)
  • Solat Sunat Tasbih
  • Solat Sunat Tahajjud.
  • Solat Sunat Witir
  • Solat Sunat Isyraq
  • Solat Sunat Dhuha.
  • Solat Sunat Hajat
  • Solat Sunat Taubat dan lain-lain

ISTIGHFAR REJAB
Barang siapa membaca, menyimpan atau membawa tulisannya ke mana saja ia pergi, maka Allah memberi kepadanya pahala 80,000 nabi, orang-orang siddiqir malaikat, orang yang mati syahid dan orang-orang yang mengerjakan haji.Disamping itu, sesiapa yang membacanya sebanyak empat atau dua kali sepanjang hidupnya, maka diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun ia ditentukan bakal masuk neraka. Amat baik jika duduk ber'iktikaf dalam masjid dengan disertai membaca istighfar atau istighfar rejab. Lebih baik lagi jika dimulakan dengan solat sunat tahiyatul masjid dan sunat taubat.

Berikut adalah bacaaan istighfar rejab:



Aku memohon keampunan dari Allah yang MahaAgung.

(Yang tiada Tuhan melainkan dia, Yang maha hidup dan berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya dari segala maksiat dan dosa. Dan aku bertaubat kepada-Nya dari segala yang dibenci oleh Allah samada pertuturan, per-buatan, pendengaran, penglihatan dan apa yang terlintas di dalam had).

Dan ada banyak lagi.....


DOA SAYYIDINA ALI ABI TALIB R.A (Malam pertama bulan Rejab)


(Ya Allah, rahmatilah ke atas Muhammad dan ahli keluarga Muhammad,(di mana Dia dan mereka) adalah lampu-lampu hikmah, penjaga nikmat, orang-orang yang memelihara dan lindungilah aku dari setiap kejahatan, dan janganlah azab aku akibat dari keghairahan dan kelalaianku dan janganlah jadikan akhir urusanku itu kerugian dan penyesalan. Dan redhalah ke atas diriku kerana sesungguhnya keampunan-Mu adalah untuk orang yang menzalimi diri sendiri dan sesungguhnya aku adalah dari kalangan mereka yang menzalimi diri sendiri. Ya Allah, ampunilah aku di mana (keampunan itu) tidaklah memberi mudarat pada-Mu dan kurnia-kanlah aku apajua yang tidak memanfaatkan-Mu kerana sesungguhnya Engkau mempunyai rahmat yang luas dan hikmah yang luarbiasa. Maka kurniakanlah aku kelapangan, keamanan, kesihatan, kesyukuran, kecukupan dan ketakwaan dan berikanlah kepadaku kesabaran dan kebenaran dan juga kepada para wali-walimu (orang-orang yang takwa). Dan kurniakanlah kepadaku kemudahan (untuk mentaati-Mu) dan janganlah kurniakan kepadaku kepayahan dan umumkanlah yang sedemikian itu kepada ahli keluargaku, anak-anakku dan saudara-saudaraku dan dari anak-anakku dari kalangan orang-orang Islam lelaki dan wanita dan orang-orang yang beriman lelaki dan wanita.
Amin...