Kebahagiaan sejati ada apabila kita dapat melepaskan diri dari rasa takut, gelisah, bimbang, risau, derita, sedih atau ringkasnya dari rasa kekurangan. Kebahagiaan ini hanya mampu dimiliki hanya satu cara... YAKIN PADA ALLAH SWT kerana kita tahu Allah SWT yang mengaturkan segala-galanya. Sederhana... namun tidak mampu dicapai hanya dengan teori tanpa praktikal. Saya sering memberitahu rakan-rakan di dalam Bengkel Jiwa Positif ... bahawa masalah utama kita adalah... KEYAKINAN PADA ALLAH. InshaAllah yakin pada kekuasaan Allah dan adanya Allah tiada masalah. Namun yakin pada kekuasaan Allah dan adanya Allah AMAT BERBEZA dengan yakin pada Allah SWT. Islam mengajarkan kita agar sentiasa melepaskan diri dari mengharapkan kebahagiaan selain daripada Allah. Syahadah, solat, puasa, zakat dan haji merupakan jalan-jalan mudah yang mampu melepaskan diri daripada mengharapkan kepada yang lain untuk bahagia kecuali Allah. Kita seringkali gagal untuk berasa bahagia kerana kita seringkali berfikir... kebahagiaan itu nanti setelah ini.. setelah itu. Kebahagiaan itu bukan NOW.. inilah yang selalu penuh di fikiran kita sehinggakan kita cukup payah untuk memiliki kebahagiaan itu sekarang. Kita juga meletakkan kebahagiaan pada sesuatu selain Allah sehingga menjadi sebuah kepercayaan bahawa sesuatu itulah yang menentukan kebahagiaan. Kita mengejar sesuatu itu bukan kerana sebuah keperluan dalam hidup tetapi dengan tujuan untuk mendapatkan kebahagiaan. Kita ditipu dengan kepercayaan palsu.
Wednesday, June 22, 2011
Bahagiakan dirimu.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment